KUALA LUMPUR, 18 Nov – ZIARAH…. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis meluangkan masa menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebentar tadi.

Ahmad Zahid dan Anwar kelihatan ceria berbual dan bertanya khabar antara satu sama lain.

Anwar sebelum ini dimasukkan ke HKL untuk menjalani pembedahan di bahagian bahu kanannya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada bulan September lalu.

Anwar selamat dibedah pada Isnin lalu selepas dimasukkan ke HKL tiga hari sebelum itu. – WD MY