BATU PAHAT, 10 Feb – LAWAT……. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis ketika melawat Ketua Wanita UMNO Ayer Hitam Senator Rahemah Idris yang sakit akibat serangan angin ahmar di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua, kiri) dan Timbalan Presiden MCA merangkap Anggota Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Ir Wee Ka Siong. – WD MY