TAWAU, 5 Ogos – Pelancaran…….. Dijangka lebih 20,000 rakyat Sabah dijangka membanjiri dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di sini, sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang dijadual disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada malam esok.

Sempena program itu, pelbagai acara diatur antaranya 30 gerai pameran oleh agensi kerajaan dan swasta, persembahan artis, bunga api serta kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Presiden MPT, Alijus Sipil, berkata pemilihan daerah ini sebagai tuan rumah pelancaran program berkenaan tahun ini sangat signifikan sebagai penghormatan kepada penduduk Tawau dan kawasan pantai timur Sabah.

“Sambutan Bulan Kebangsaan ini perlu dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia bermula dari Perlis sehinggalah ke Tawau. Kemeriahannya dapat diterjemahkan secara langsung menerusi siaran di televisyen, malam esok.

“Di samping itu, kita berharap dapat mempromosikan kepelbagaian budaya 29 suku kaum dan etnik di daerah ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Alijus berkata, Timbalan Perdana Menteri dijangka merasmikan program itu dengan gimik pelancaran Jalur Gemilang bersaiz gergasi bakal melitupi bangunan MPT.

Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 akan diadakan di Kuala Lumpur. Antara pengisian Bulan Kebangsaan di Sabah pula ialah pertandingan video pendek merdeka, pertandingan selfie merdeka untuk pelajar, pertandingan keceriaan bangunan dan larian Hari Kebangsaan. – WD MY

LEAVE A REPLY