TPM Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Henry Chin

0
160

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Penghormatan …… Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri upacara penghormatan terakhir bekas Ketua Polis Kuala Lumpur mendiang Tan Sri Henry Chin di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri yang tiba pada 8.50 malam meluangkan masa kira-kira 40 minit di pusat peringatan itu.

Upacara itu, yang bermula pada 6 petang tadi, dihadiri anggota keluarga,
rakan rapat mendiang serta warga Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, yang turut memberi penghormatan
terakhir, menyifatkan mendiang sebagai seorang yang sabar dan sentiasa sedia
berkhidmat.

zahid-nirvana1

Chin, 79, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di
sini pada 6.04 pagi akibat strok.

Beliau meninggalkan isteri Puan Sri Shirley Cheng Hua Chien, 72,
serta sepasang anak lelaki dan perempuan.

Mendiang berkhidmat dengan PDRM lebih 38 tahun sebelum bersara pada 1993.  – WD MY