KUALA KANGSAR, 12 Jun – TPM Selar Tun M……Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih baik Tun Dr Mahathir Mohamad menutup mulutnya daripada bercakap mengenai orang lain.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jika Dr Mahathir terus bersuara, orang akan berkata bekas Perdana Menteri itu akan dikatakan sudah nyanyuk.

“Elok tutup mulut sebelum orang cakap dia nyanyuk,” katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat di Markas Tektikal (Martek) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, sebentar tadi.

Ahmad Zahid diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir di sini hari ini bahawa beliau (Ahmad Zahid) lebih baik menjadi ahli perniagaan daripada terus menjadi ahli politik.

Mengenai serangan bersifat peribadi Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak menjejaskan sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, setakat ini hanya 11 laporan polis diterima sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, hanya lima kertas siasatan dibuka.
Bagaimanapun, katanya, perjalanan PRK di sini dan Parlimen Sungai Besar di Selangor, paling aman dalam sejarah PRK di negara ini. “Keadaan aman ini sebab utamanya kematangan berpolitik dalam kalangan parti,” katanya.

Beliau berkata, ia juga kerana kecekapan dan kerja keras pasukan polis memastikan keamanan PRK. – WD MY

LEAVE A REPLY