BAGAN DATOH, 6 Feb – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan aspek pendidikan silang budaya diberi penekanan di sekolah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri ia bertujuan memupuk kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Ketika ini, ada jurang agak luas antara kaum selain perpaduan tidak lagi jadi keutamaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Karnival Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, hubungan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini semakin terjarak dan agak membimbangkan.

Katanya, antara puncanya ialah kurangnya aspek penekanan pendidikan silang budaya di sekolah khususnya aliran vervakular dan aliran agama, termasuk di peringkat prasekolah.

Sehubungan itu, beliau berharap cadangan itu dibincangkan secara mendalam.

“Ia bukan bermaksud kita mahu menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini,” katanya. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY