BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Santapan…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir di Istana Qashr Al-Meezan di sini, bagi Majlis Santapan Malam dihoskan Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

Ia sempena lawatan kerja rasmi sehari Timbalan Perdana Menteri ke Brunei.

Sebelum itu, beliau mengadap Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam di istana sama.

Ahmad Zahid dijadual berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada jam 10 malam ini. – WD MY