PUTRAJAYA, 4 Mei – Penutup…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke penutup Seminar Antarabangsa Fiqh Wala’ Dan Taat 2017 disini hari ini.

Ahmad Zahid yang tiba sekitar 11.00 pagi di iringi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia Datuk Haji Mohd Yusof Din dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tan Sri Abdullah Md Zin.

Timbalan Perdana Menteri dijangka menerima tiga resolusi mengenai Wasatiyyah yang telah dicapai sepanjang tiga hari seminar berlangsung. – WD MY