ULAANBATAAR (MONGOLIA), 15 Julai – TPM Hadir ASEM……Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri perasmian pembukaan Sidang Kemuncak ASEM ke-11 di sini.

Beliau sebelum itu menandatangani buku tetamu sebelum bersalaman dengan Presiden Mongolia, Tsakhiagiin Elbegdogrj.

Antara yang hadir Perdana Menteri China Li Keqiang, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.

Ahmad Zahid kemudian menyertai sesi pleno, sebelum menyertai sesi pemukiman esok.

Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Belanda dan Perdana Menteri Slovenia.

ASEM, mempunyai 53 rakan kongsi dengan 51 negara Asia dan Eropah, serta Kesatuan Eropah dan Sekretariat Asean. – WD MY

LEAVE A REPLY