ALOR GAJAH, 30 Julai – Hadir Rumah Terbuka… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Ahmad Zahid yang tiba kira-kira pukul 10.15 pagi tadi meluangkan lebih 30 minit di majlis itu bersama kira-kira 5,000 orang yang hadir di kediaman Ketua Bahagian, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Setiausaha Kerja UMNO, di Masjid Tanah di sini.

Hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung UMNO dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Pada majlis itu juga, hadirin disajikan pelbagai hidangan seperti sate, dodol, kambing bakar, bubur, rendang, lemang dan pelbagai jenis minuman.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan muzik dan nyanyian daripada artis antaranya Datuk Jamal Abdillah. – WD MY

LEAVE A REPLY