PUTRAJAYA, 28 Julai – Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat…… Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Pahlawan 2016 di Masjid Putra, malam ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bacaan yasin dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Hari Pahlawan disambut pada setiap 31 Julai bagi memperingati perjuangan pahlawan negara demi kemakmuran dan kedaulatan negara. – WD MY

LEAVE A REPLY