LANGKAWI, 20 Mac – Sertai….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyertai majlis bacaan Yasin bersama 500 jemaah di Masjid Aishah, dekat Kuah, di sini, sempena penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2017 (LIMA’17) yang akan bermula esok.

Ahmad Zahid yang tiba dengan berjubah putih terdahulu mengimamkan solat Maghrib bersama jemaah, disusuli majlis bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat sebelum solat Isyak dan majlis kenduri rakyat.

Yang turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad.

LIMA’17 bermula esok sehingga 25 Mac ini membabitkan penyertaan sebanyak 550 syarikat mempamer daripada 38 negara dengan dianggarkan lebih 40,000 pengunjung bakal hadir. – WD MY