PETALING JAYA, 1 Nov – “Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng”…..Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir di Malam Gala “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng di MM Cineplexes, eCurve, Mutiara Damansara.

Turut hadir isterinya Datin Seri Hamidah Khamis dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng ini merupakan usahasama dua buah syarikat gergasi Malaysia iaitu Les’ Copaque Production dan KRU Studios.

Filem arahan bersama Ainon Ariff dan Erma Fatima ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 24 November ini. – WD MY