AYER KEROH, 3 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke perasmian Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1438H/2017M di Dewan Seri Negeri, di sini, sebentar tadi.

Ahmad Zahid diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. – WD MY