BALI, 10 Ogos – TPM Hadir IMCT……Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Mesyuarat Antarabangsa Antikeganasan (IMCT) di Bali, Indonesia.

Mesyuarat yang bertemakan “Membanteras Pergerakan Pengganas Rentas Sempadan” itu dijangka memberi tumpuan kepada fenomena baharu iaitu “foreign terrorist fighter” (FTF), pembiayaan keganasan serta penyebaran ideologi pengganas melalui internet dan media sosial.

Penganjuran IMCT bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antarabangsa dalam menangani ancaman keganasan yang semakin berleluasa.

Peluang kerjasama meliputi pertukaran pandangan, idea dan amalan terbaik serta perkongsian risikan dan maklumat. – WD MY

LEAVE A REPLY