MIRI,18 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Majlis Pecah Tanah Masjid Kampung Keluru Jaya di Berkenu, Miri.

Ketibaan beliau disambut dengan ritual basuh kaki mengikut kebudayaan suku kaum Kedayan yang merupakan penduduk asal kampung Keluru Jaya,Berkenu, Miri,Sarawak.

Pembinaan masjid berkenaan menelan kos RM750,000.

Ia bagi mengantikan surau lama di kampung berkenaan.

Masjid berkenaan memberi kemudahan beribadah kepada 6 kampung sekitar selain Kampung Keluru Jaya.

Pembinaan masjid itu merupakan antara insiatif kerajaan melalui projek pembangunan Luar bandar. – Suraya Ahmad / CF (WD MY)

LEAVE A REPLY