PUTRAJAYA, 20 Nov – Rasmikan Mesyuarat…… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali Ketiga Koperasi Putrajaya Berhad (KOPROJAYA).

Beliau yang hadir pada pukul 10.15 pagi diiringi Pengerusi KOPROJAYA, Muhammad Ammir Haron serta Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan Dan Koperasi Dato Seri Jamil Salleh.

KOPROJAYA merupakan koperasi melibatkan profesional muda di dalam perkhidmatan awam yang mendukung aspirasi Perdana Menteri untuk meningkatkan keupayaan rantaian ekonomi negara melalui gerakan koperasi. – WD MY