PUTRAJAYA, 16 Mac – Rohingya….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir dan menyampaikan ucapan penutup Persidangan Antarabangsa Rohingya 2017  yang berlangsung dari 14 Mac hingga hari ini.

Dengan membawa tema “Plight Of The Rohingya: Searching for Solutions yang mana mempunyai dua objektif iaitu pertama menganalisis isu Rohingya dan kesannya kepada geopolitik dunia dan kedua iaitu mencadangkan penyelesaian strategik jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam isu Rohingya.

Majlis pada hari ini dihadiri oleh 1,000 orang termasuk Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Kementerian-kementerian, Duta-duta asing dan perwakilan luar negara ke negara ini, pensyarah tempatan dan luar negara, NGO tempatan dan antarabangsa dari 12 negara.