KUCHING, 2 Mei – Undi Pos Esok… 21,000 anggota keselamatan akan mengundi awal esok dengan 9,909 pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota polis pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau berharap anggota keselamatan bersama beliau dan menyokong kepimpinan sedia ada.

“Saya tidak tahu bagaimana sokongan mereka, namun saya berharap mereka bersama saya,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa, di sini, hari ini.

Dalam sidang media sama, Ahmad Zahid turut mengumumkan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baharu khusus bagi anak-anak warga polis di Perak, selepas pembinaan institusi sama di Kulim, Kedah.

“Tender pembinaan akan dikeluarkan pada Jun ini,” katanya. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY