KUALA LUMPUR, 4 Feb – Lawatan Kerja…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan lawatan rasmi empat hari ke Qatar, bermula
hari ini, bagi meningkatkan lagi hubungan rapat di antara kedua buah negara.
Menurut satu kenyataan Kementerian Luar, lawatan itu juga menyediakan
peluang lebih bermakna bagi pemimpin kedua-dua negara membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama terutama dalam soal kerjasama keselamatan.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, dijadual menghadap Emir Qatar
Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani dan membuat kunjungan ke atas Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar, Sheikh Abdullah bin Nasser bin Khalifa Al-Thani.
Ahmad Zahid juga akan melawat Pusat Kawalan Negara dan projek komuniti yang
dirancang di bandaraya Lusail, Doha, lapangan terbang antarabangsa Hamad dan
bertemu diapsora Malaysia di Qatar. – WD MY