COLOMBO, Sri Lanka 22 Julai – Kunjungan Hormat……. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dalam rangka lawatan kerja dua ke Sri Lanka, dijangka melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe pagi ini.

Kunjungan hormat itu akan diadakan di pejabat Wickremesinghe di Temple Tree, Colombo 3, di sini, kira-kira 9.30 pagi.

Ahmad Zahid juga dijadual mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Sri Lanka, Mangala Samaraweera di sini.

Timbalan Perdana Menteri juga dijadual melawat Asia Pacific Institute for Information Technology (APIIT) di sini selain mengadakan pertemuan dengan kumpulan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) cawangan Sri Lanka, sebelum dijadual berlepas pulang ke tanah air pada kira-kira 2 petang waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia).

Majlis DMDI melibatkan pertemuan dengan wakil-wakil masyarakat Melayu Sri Lanka.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di sini awal pagi semalam sempena lawatan kerja dua hari bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Colombo dan Kuala Lumpur.

Semalam beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena. – WD MY

LEAVE A REPLY