KUCHING, 3 Feb – Kunjungi  …… Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkunjung ke rumah Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Professor Datuk Dr. Sim Kui Hian sempena Tahun Baru Cina.

Beliau tiba di kediaman Professor Datuk Dr. Sim pada jam 9.15 pagi diiringi Menteri Perancangan Sumber Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan serta Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat.

Beliau meluangkan masa selama kira-kira setengah jam beramah mesra bersama keluarga Professor Datuk Dr. Sim.

Hari ini, Ahmad Zahid akan menghadiri Ramah Tamah Tahun Baru Cina bersama Komuniti Cina Kuching  dan Jabatan Rela Sarawak sebelum berangkat ke Lundu esok untuk memberi sokongan pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Tanjung Datu.

Beliau yang dalam rangka lawatan rasmi 3 hari ke Sarawak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 7.45 malam semalam.