KUCHING, 8 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengunjungi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Damak Jaya di sini.

Ketibaan Ahmad Zahid yang diiringi Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg disambut oleh Abdul Taib pagi ini.

Beliau dan Abdul Taib kemudiannya mengadakan pertemuan tertutup selama kira-kira sejam.

Menteri Dalam Negeri itu tiba di Sarawak petang Khamis turut menghadiri majlis perjumpaan beliau bersama penjawat awam Sarawak dan sambutan Hari Raya di Stadium Perpaduan, Petra Jaya malam tadi.

Ahmad Zahid dijangka berlepas pulang tengah hari ini dan dijangka menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Kelantan pada petang ini. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY