KUALA LUMPUR, 19 April – TPM Lancar ASC…. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Promosi Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) 2016 serta LRT dan Kereta Tajaan Proton di Stesen LRT Ampang sebentar tadi.

ASC kali ke-11 penganjurannya tahun ini disertai oleh 266 orang belia di bawah umur 22 tahun daripada 9 buah negara ASEAN termasuk Malaysia.

Ia merupakan pertandingan kemahiran teknikal dan vokasional terbesar peringkat ASEAN yang diadakan setiap dua tahun sejak tahun 1955.

Tahun ini, pertandingan tersebut bakal berlangsung dari 19 hingga 29 September dan mempertandingkan 25 bidang kemahiran.

Antaranya, Penyelenggaraan Kapal Terbang, Teknologi Automobil, Terapi Kecantikan serta Reka Bentuk Grafik.

Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 20 penaja pertandingan yang melibatkan industri tempatan dan luar negara termasuk Proton Holdings Berhad, Yalong Industries, Festo, Mitutoyo Japan dan Tekmark USA.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Pengerusi Pertandingan Kemahiran Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY