SUNGAI BESAR, 5 Jun – Lancar Kelab Usahawan dan Kesukarelawan Sungai Besar…..Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di SJK(C) Sin Min, Sungai Besar, pada pukul 12.10 tengahari bagi menghadiri Majlis Himpunan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Parlimen Sungai Besar.

Majlis himpunan ini dianjurkan bagi memberi ruang kepada Sahabat AIM untuk beramah mesra dengan kepemimpinan tertinggi kerajaan.

Selain itu, majlis ini juga dijadikan platform pelancaran Kelab Usahawan dan Kesukarelawan Sungai Besar, dan penyampaian sumbangan kepada Sahabat AIM sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. – WD MY

LEAVE A REPLY