BAGAN DATOH, 5 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Majlis Perasmian Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Dataran Wisma UMNO Parlimen Bagan Datoh, Perak.

Program anjuran JPJ negeri itu bertujuan membantu masyarakat luar bandar dan orang asli khususnya warga emas mendapatkan lesen memandu percubaan motosikal.

Ia turut medium pendedahan aspek undang-undang dan peraturan jalan raya kepada masyarakat awam.

Dalam majlis sama, Ahmad Zahid turut melancarkan Program “Jom JPJ” Peringkat Negeri Perak.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pengangkutan, Datuk Ismail Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.-Suraya Ahmad/CF (WD MY)

LEAVE A REPLY