KUALA LUMPUR, 19 April – Luang Masa Lawat….Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2016 (DSA 2016) di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Lokasi pertama dikunjungi beliau, ruang pameran SAGEM di Aras 2, PWTC.

Turut dilawati, USA Security and Defense Pavilion dan BAE System, MBDA, Saab, Thales di Aras 4, PWTC.

Timbalan Perdana Menteri turut meluangkan masa meninjau Jambatan Demonstrasi Tentera Secara Langsung sebelum merasmikan majlis pelancaran ‘Integrity Profiling’ di ruang pameran PDRM.

Ahmad Zahid juga dijadual menghadiri Majlis Penutup Forum Putrajaya pada pukul 4 petang. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY