PUTRAJAYA, 4 April – Lawat…..Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat International Modern Arabic School (IMAS) di Putrajaya, hari ini.

Sekolah ini terdiri daripada 1700 pelajar daripada murid tadika hingga gred 12 dari 50 buah negara termasuk Malaysia.

Sekurang-kurangnya 18 guru daripada pelbagai negara ditempatkan di sekolah ini bagi memudahkan sesi pembelajaran dan komunikasi antara pelajar. – WD MY