ROME, 29 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual berlepas ke Itali bagi lawatan kerja tiga hari ke negara itu, sejurus selepas menghadiri sesi penutup CHOGM 2015 Malta hari ini.

Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Abdul Samad Othman berkata, lawatan bertujuan mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Pada waktu sama, Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri Itali, Angelino Alfano serta mendengar taklimat daripada Ketua Polis Itali, Ketua Perisikan Itali dan Ketua Jabatan Imigrasi Itali,” katanya.

Kerajaan Malaysia, katanya, berhasrat mengetahui kaedah dan pendekatan kerajaan Itali menangani keganasan, jenayah, pencari suaka politik dan isu pelarian.

Datuk Seri Zahid juga dijangka meluangkan masa bersama warga Malaysia di Rome.

Itali adalah rakan dagang utama Malaysia di Eropah. Nilai dagangan dua hala mencecah 1.3 billion Euro tahun lalu.

Terdahulu, ?Pengerusi Majlis Belia Komanwel, CYC, Kishva Ambigapathy mencadangkan ibu pejabat Majlis Belia Komanwel dipindah dari Sri Lanka ke Kuala Lumpur.

Ketika mengulas cadangan itu, Timbalan Perdanan Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan Malaysia mengalu-alukan cadangan itu, dan sekiranya ia diizinkan oleh

Setiausaha Komanwel, ibu pejabat itu akan dipindah ke Kuala Lumpur. Walaupun tidak memerlukan perbelanjaan tambahan, beliau akan mengikhtiarkan agar peruntukan tambahan dapat diberi untuk menempatkan ibu pejabat itu di Kuala Lumpur.

Kishva Ambigapathy adalah wakil ASEAN pertama yang dipilih dan dilantik menjadi Pengerusi Majlis Belia Komanwel. Ia mewakili 1.2 billion belia di 53 negara Komanwel. -Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY