KUALA LUMPUR, 23 Dis – Lawat…… Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini melawat mangsa pesawat Beechcraft Air King 200T Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

Timbalan Perdana Menteri yang tiba di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan meluangkan masa hampir sejam melawat Leftenan Hamdi Ahmad Hanafi.

Dalam lawatan itu, Hamdi yang ditemani isterinya, yang kini hamil 37 minggu turut menceritakan pengalaman ketika insiden itu berlaku.

Yang turut hadir, Timbalan Pegawai Memerintah hospital berkenaan, Brig Jeneral Datuk Dr Mohd Azmi Mohd Yasin.

Hamdi adalah antara tiga mangsa yang cedera dalam insiden pada jam 5.18 petang, yang turut mengorbankan juruterbangnya, Mejar Kayamboo Chellam.

Dua lagi mangsa yang cedera adalah pembantu juruterbang, Kapten Wai Lik dan Sarjan Mohd Sofi Azizan, yang kini dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. – WD MY