KUCHING, 24 Nov  – Tiba Untuk Lawatan Kerja…….  Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini untuk
memulakan lawatan kerjanya di Sarawak.
tiba-sarawak
Pesawat yang membawa Timbalan Perdana Menteri mendarat pada kira-kira 7.40 malam dan
dan ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang
Johari Tun Abang Haji Openg dan Tan Sri James Masing serta beberapa menteri
kabinet Sarawak dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Ahmad Zahid pada sebelah pagi ini akan menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di Bangunan Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya.
Kemudian, Ahmad Zahid akan ke Astana Negeri bagi majlis pengurniaan Darjah
Kebesaran Negeri Sarawak daripada Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.
Pada sebelah petangnya, Ahmad Zahid dijadual merasmikan bangunan Masjid
Darul Husni Warrahmah, Petra Jaya sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. – WD MY