PUTRAJAYA, 6 Jun – TPM Pengerusi Jawatankuasa Wujud Persekitaran Sihat…….. Sebuah jawatankuasa bagi mewujudkan persekitaran yang sihat ditubuhkan berikutan peningkatan risiko kebanyakan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan penduduk Malaysia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan bermesyuarat untuk kali pertama pada 21 Jun ini melibatkan beberapa kementerian berkaitan.

“Kita akan mengusulkan beberapa cadangan proaktif kepada jawatankuasa terbabit dalam meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan rakyat yang akan melibatkan kerjasama kementerian-kementerian lain,” katanya pada taklimat media mengenai Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 di sini hari ini. – WD MY

LEAVE A REPLY