KUALA LUMPUR, 24 Okt – Tandatangan Buku Takziah….Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menandatangani buku takziah sebagai penghormatan di atas kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.

Timbalan Perdana Menteri tiba pada pukul 12.50 tengah hari dan disambut Duta Thailand ke Malaysia, Damrong Kraikruan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menulis pada buku takziah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menulis pada buku takziah

Raja Bhumibol, 89, mangkat pada 13 Oktober lalu di Hospital Siriraj, Bangkok selepas dilaporkan sakit sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Ahmad Zahid yakin hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand yang terjalin sepanjang 70 tahun pemerintahan Raja Bhumibol dapat diteruskan.

“Raja Bhumibol berjaya mengukuhkan hubungan diplomatik kedua-dua negara sepanjang pemerintahannya khususnya perdagangan, keselamatan dan pertahanan.

“Saya yakin ia dapat diteruskan,” katanya kepada media selepas menandatangani buku takziah berkenaan. – WD MY