PUTRAJAYA, 17 Julai – Hadir….. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini.

Majlis turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Datuk Seri Nancy Shukri; Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri S A Vigneswaran; Pengerusi PNMB, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pengarah Urusan PNMB, Mohamad Abdullah.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 33 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Hamidiah, Bagan Datuk.

Lebih 2,000 tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai juadah Aidilfitri dan persembahan muzik. – WD MY