?
?
IPOH, 6 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ?Hamidi berkata beliau akan memantau prestasi enam menteri penuh yang berasal d?ari Perak dan komitmen mereka untuk membangunkan negeri ini semasa mereka memegang jawatan berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno adalah tidak munasabah jika mereka yang dilantik menganggotai p?entadbiran di peringkat nasional gagal membawa pembangunan ke negeri ini untuk menjadikan Perak antara negeri termaju di Malaysia. 
?
“Jangan pernah ambil kesempatan untuk diri sendiri tetapi ambillah mana yang s?empat untuk membawa pembangunan ke Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Timbalan Perdana Menteri di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini malam tadi?

Walaupu?n baharu dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, ?beliau akan tetap memantau sejauh mana Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan A?ntarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan, Menteri di Jabatan Perdana ?Menteri Datuk Mah Siew Keong, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mampu berbuat demikian.

?”Saya tidak ada kuasa tapi saya perhatikan kalau ada maklum balas daripada t?uan-tuan dan puan-puan, kalau ada yang tidak membawa pembangunan bagi tahu s?aya,” kata beliau.
?
 
?”Saya dah berjanji kepada diri saya dan Sultan Perak bahawa titah Tuanku u?ntuk melihat anak Perak di peringkat nasional mesti bantu negeri asal dari s?egi pembangunan menjadi realiti,” katanya.

?Beliau juga berkata walau setinggi manapun kedudukan seseorang itu, k?epentingan mencari ilmu tidak harus dipinggirkan terutama dalam kalangan p?emimpin agar sentiasa berada di garisan hadapan dan tidak mudah dipermainkan a?tau ditipu, terutama di dalam media sosial.

?Ahmad Zahid juga berkata tabiat suka menyalahkan orang lain juga perlu d?ihentikan dan setiap orang sepatutnya mengambil pendekatan membetulkan diri s?endiri terlebih dahulu.

?”Apa yang patut ada pada kita bukan sahaja istiqamah tapi juga tawaduk,” k?atanya sambil menambah apa sahaja yang berlaku pasti ada sebabnya.? – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY