PUTRAJAYA, 9 Mac – Pengerusikan….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sebelah petang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia di sini.

Mesyuarat berkenaan memfokuskan usaha perbincangan untuk generasi belia alaf baru dan bagi memantapkan jati diri golongan berkenaan.

Dibentangkan dua kertas pertimbangan dan enam kertas makluman telah dibincangkan iaitu hasil kajian Pelaksanaan Dasar Belia Malaysia, Pelan Transfomasi Institut Kemahiran Belia Negara, Pelaksanaan MyCorps, Sistem Y-data@IYRES, Indeks Belia Sabah dan Pelaksanaan Portal Youth Entrepreneurial Network (YEN).

Kenyataan tersebut juga berkata bahawa Hasil Kajian Profil Belia Dalam Kegiatan Ekstremisme dan Program Pencegahan Radikalisme Dalam Kalangan Belia juga turut dibentangkan.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata garis panduan mengenai Pencegahan Fahaman Ekstremisme dan Radikalisme dalam kalangan masyarakat telah dihasilkan untuk memberi pengetahuan, pendedahan dan panduan kepada semua pihak berhubung ancaman
tersebut.
 Beliau berkata pelbagai program pencegahan gerakan radikalisme telah dirangka oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk dikoordinasi secara bersepadu bersama kementerian dan agensi lain.
“Aspek pencegahan umum diberi keutamaan di mana strategi yang diketengahkan ialah mengoptimumkan peranan media sosial sebagai medium untuk menyebarluaskan ‘narrative content’.
¬†“Penyampaian ‘narrative content’ dibuat dalam bentuk yang kreatif dan digital kerana golongan belia lebih tertarik dengan pendekatan inovatif,” katanya.
Ahmad Zahid menegaskan program advokasi dan pendidikan perlu dilaksanakan secara berterusan kerana golongan belia di negara ini merupakan komposisi penduduk yang terbesar iaitu melebihi 46 peratus daripada 31.7 juta orang yang direkodkan pada tahun 2016.
Penglibatan generasi muda dan belia untuk bersama-sama kerajaan perlu dimantapkan untuk mengetepikan sebarang  pengaruh negatif bagi memastikan usaha memartabatkan Malaysia sebagai 20 negara terbaik di dunia tercapai menerusi Transfomasi Nasional 2050 (TN50). РWD MY