MARANG, 13 Mei – Raikan…. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meluangkan masa kira-kira sejam menghadiri salam restu sempena majlis perkahwinan anak rakannya di Kampung Gong Kiat, Pengadang Baru, di sini.

Ahmad Zahid yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, tiba kira-kira jam 1 tengah hari dan disambut rakan karibnya, Datuk Alias Abu Bakar, 57 dan isteri, Datin Norhayati Embong, 50.

Sebelum ke pentas utama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyaksikan persembahan silat oleh kumpulan seni silat Gong Tok Nasek, di sini.

Ahmad Zahid kemudiannya naik ke pentas utama untuk majlis salam restu perkahwinan anak Alias, Siti Hajar, 27 dan pasangannya, Ahmad Shafie Asraf, 28 serta Abdul Muin, 30 dan pasangannya, Jusdiyati Mohd Zaki, 25.

Ahmad Zahid dan Ahmad Razif kemudiannya ke majlis Himpunan Mesra Rakyat untuk melancarkan program Jalinan Rakyat di Padang Bola Kampung Gelugor Kedai, di sini. – WD MY