KUCHING, 24 Nov – Rasmi Masjid… Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan pembukaan Masjid Darul Husni Warramah Petrajaya.

Masjid berkenaan yang pada asalnya dikenali sebagai “Surau Hijau” Petrajaya telah dinaiktaraf dengan pembinaan semula yang menelan kos berjumlah RM4.3 juta.

Kerja-kerja menaiktaraf masjid ini bermula pada akhir tahun 2014 dan siap sepenuhnya Jun lalu.

Masjid ini boleh memuatkan seramai 1200 jemaah dalam satu-satu masa. – WD MY