JELI, 19 Ogos – Rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Jeli…..Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta bagi merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jeli, Kelantan.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden serta merangkap Timbalan Presiden UMNO tiba jam 10:45 pagi tadi.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Ketua UMNO Bahagian Jeli serta Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid.

Ahmad Zahid akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Gual Jedok, dekat sini, disusuli program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran UMNO Bahagian Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Pasir Mas, jam 3 petang.- WD MY

LEAVE A REPLY