TAWAU, 12 Mac – Rasmikan…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Padang Perbandaran Tawau, di sini, bagi merasmikan program Karnival Jalinan Kasih anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan UMNO Kalabakan.

Ahmad ZahidĀ  tiba pada jam 2.30 petang dengan diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Ketua UMNO Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis makan tengah hari bersama UMNO Zon 6, Tawau di sebuah hotel di sini.

Pagi tadi, beliau tiba di Sandakan untuk menghadiri mesyuarat tertutup bersama pemimpin UMNO Sabah.

Ahmad Zahid dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat khas dari Lapangan Terbang Tawau pada jam 4.30 petang ini. – WD MY