KEMAMAN, 23 Okt – Hadir Rasmi BKN 2016…….Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Chukai, bagi merasmikan Majlis Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2016 (BKN 2016) anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Beliau disambut dengan acara silat gayung.

BKN akan memberi fokus kepada penerapan budaya kesiapsiagaan di kalangan rakyat dengan penglibatan dan kerjasama bersepadu semua agensi kerajaan dari peringkat pusat, negeri, daerah, pihak swasta, NGO tempatan dan juga antarabangsa.

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat bersabit risiko bencana banjir.

Terdapat 60 NGO dan syarikat berkaitan kerajaan GLC menjayakan sambutan BKN 2016 dan turut sama menganjurkan 90 program bersabit kesedaran menghadapi bencana banjir.

Sementara itu, 40 agensi swasta turut hadir berkongsi maklumat dan pengetahuan berkaitan bencana. – WD MY