KUALA LUMPUR, 27 Nov – Ucapan Pembukaan….Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Persidangan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) sebentar tadi.

Timbalan Perdana Menteri hadir memberi ucapan pembukaan PEMANAS yang berlangsung dari 24 – 27 November .

PEMANAS merupakan program yang diadakan seminggu sebelum Perhimpunan Agung Umno dan telah di anjurkan untuk kali ke empat.

Seramai 150 mahasiswa terdiri daripada 75 orang mahasiswa tempatan dan 75 orang lagi dari mahasiswa luar negara.

Ahmad Zahid berkata pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh mahasiswa terdiri dari empat tajuk utama iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan.

Menurut beliau bahawa fahaman luar tak semestinya terbaik dan boleh digunakan di negara ini.

“Untuk memaksa sistem luar menjadi acuan untuk negara ini adalah tidak sesuai,”┬ákata beliau dalam ucapan pembukaan PEMANAS di sini hari ini.
Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata tidak semua penuntut dari luar negara berkualiti, malah ada yang dikesan cuba membawa budaya serta anasir negatif seperti LGBT dan pemikiran liberal.

“Jangan cuba memandang produk luar lebih baik berbanding dalam negara.

“Ketiadaan peluang belajar di luar negara bukan bermakna kualiti akademik kita kurang. Saya menuntut dari peringkat sekolah sehingga PhD (doktor falsafah) dalam negara saja.

“Ada faktor lain yang menjadi kekangan tetapi kita tidak pernah kompromi dari segi kualiti yang ada pada kita. Kita mungkin tidak dapat pendedahan di luar negara, bukan bermaksud kita mendapat pendidikan tidak sempurna di sini,” katanya.

 

Ahmad Zahid berkata, tidak semua dasar dan budaya luar positif boleh diterima masuk ke dalam negara ini kerana Malaysia masih memerlukan penyesuaian tertentu.

“Apakah sesuatu yang baik di Barat boleh diacukan terus kepada kita? Tidak semestinya begitu. Mungkin ada yang boleh diambil, tetapi untuk ambil 100 peratus acuan itu mungkin tidak boleh.

“Tidak bermakna juga kita mengetengahkan nilai terlalu ‘kekampungan’ kerana produk tempatan juga boleh menghasilkan sesuatu yang jauh lebih baik daripada produk luar negara,” katanya. – WD MY