GOMBAK, 19 Mei – Rapat Hubungan Sahabat Nusantara……Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir merasmikan Persidangan Rapat Alumni Nusantara di Dewan Utama Pusat Aktiviti Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIA, kampus Gombak sebentar tadi.

Persidangan yang menghimpunkan para pemikir serta ahli-ahli akademik yang belajar di Indonesia dan Malaysia ini hasil kerjasama antara Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia (YIRMI) dan UIAM bertujuan merapatkan hubungan persahabatan Nusantara kedua negara khususnya dalam bidang akademik, politik dan jaringan politik.

Hampir 1500 peserta dijangka hadir pada persidangan rundingan meja bulat yang berlangsung hari ini.

Satu resolusi akan ditetapkan yang mencakupi beberapa bidang terpilih antaranya hal ehwal budaya, pendidikan dan ekonomi.

Hadir sama Tan Sri Rais Yatim yang juga Pengerusi YIRMI dan Profesor Dr. Yusril Ihza Mahendra, mantan Menteri Kehakiman dan Hak Asasi Manusia Indonesia. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY