MELAKA, 27 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir bagi merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2015.

Ketibaan Ahmad Zahid bersama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis pada jam 8.50 malam disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan barisan EXCO kerajaan negeri.

Lebih 20,000 rakyat Melaka terdiri pelbagai kaum menghadiri majlis yang turut dimeriahkan dengan persembahan khas Krimas daripada artis seperti Datuk Jamal Abdillah, Francisca Peter dan Jaclyn Victor.

Kemeriahan majlis itu turut diserikan dengan kepelbagaian sajian menu Malaysia yang disediakan kepada orang ramai. – Suraya Ahmad / CF (WD MY)

LEAVE A REPLY