BAGAN DATUK, 12 Jun – ¬†Sahkan… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan rakyat Malaysia, Mohd Nizam Ariffin atau dikenali sebagai Abu Afghan, yang menganggotai kumpulan militan Daesh di Syria, terbunuh dalam pertempuran di Mosul, Iraq, beberapa hari lalu.

Ahmad Zahid berkata, pihak risikan memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Abu Afghan, 38, meninggal dunia ketika berlaku pertempuran dengan tentera kerajaan Iraq.

“Kematian ini satu kematian, pada tanggapan kerajaan kematian pengganas yang datang dari Malaysia, dan jika ada fatwa daripada mana pihak kematian pengganas Malaysia itu sebagai syahid maka kerajaan tidak mengiktiraf kematian sebagai syuhada, ” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan majlis penutup program Jelajah Agroprenuer Muda Peringat Negeri Perak 2017 di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datuk di sini sebentar tadi.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan tidak akan melakukan usaha untuk membawa pulang mayat rakyat Malaysia itu kerana melakukan kesalahan atas risiko yang perlu ditanggung sendiri.

“Jika pihak keluarga ingin membawa pulang mayat berkenaan hendaklah berhubung dengan rakan beliau, ” katanya. – WD MY