KUALA LUMPUR, 11 Sept – Sah Diculik…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiga kru kapal nelayan diculik di perairan Pulau Pom-Pom berhampiran Semporna, Sabah, pagi tadi dipercayai didalangi kumpulan Kidnap For Ransom (KFR).

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, semua mangsa yang diculik disahkan bukan warga Malaysia, namun memegang status pemastautin tetap negara ini.

“Walaupun kita melakukan pemantauan rapi, tapi kumpulan penculik ini bergerak di bawah radar sehingga sukar dikesan.

“Saya sudah berhubung dengan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), malah Ketua Polis Negara juga sudah berhubung dengan rakan sejawatnya di Filipina bagi menyiasat perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti di Dewan Tun Abdul Razak Menara Kembar Bank Rakyat di sini, hari ini. – WD MY

LEAVE A REPLY