STEVENAGE (UNITED KINGDOM), 11 Nov – Memudahkan Agensi Penguatkuasa…….
Kerajaan Filipina memberi kebenaran kepada Malaysia untuk mengejar kumpulan penculik sehingga ke dalam kawasan perairan negara itu, akan memudahkan operasi agensi penguat kuasa Malaysia membanteras kegiatan itu terutamanya di kawasan perairan di luar Sabah.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik keputusan itu Presiden Filipina Rodrigo Duterte itu.
Menurut Ahmad Zahid, langkah itu membuka ruang kerjasama lebih baik di antara agensi penguatkuasaan undang-undang Malaysia dan Filipina dalam usaha mengatasi kegiatan penculikan untuk wang tebusan oleh kumpulan pengganas yang melarikan diri ke kawasan selatan Filipina.
“Kerajaan Malaysia amat menghargai persetujuan yang telah diberikan
Presiden Duterte kepada pihak berkuasa Malaysia,” katanya di sini pada Khamis.(Jumaat pagi waktu Malaysia)
Duterte sebelum ini memberi kebenaran sama kepada Presiden Indonesia Jokowi dan sehubungan itu, menteri-menteri pertahanan Filipina, Indonesia dan Malaysia akan bertemu di Vientiane, Laos pada 22 Nov ini bagiĀ  membincangkan prosedur operasi standard (SOP) dan aspek perundangan pelaksanaan operasi itu.
Ahmad Zahid berkata operasi membanteras kegiatan penculikan untuk wang
tebusan yang melibatkan rakyat Malaysia sebelum ini sering dihampakan kerana
kumpulan penculik melarikan diri ke kawasan perairan Filipina sebagai tempat
perlindungan.
airbus-zahid1
Sementara itu, Ahmad Zahid yang diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Ahmad Rasidi Hazizi melawat kilang Airbus Defence and Space di bandar ini, yang terletak 50 kilometer ke utara kota raya London, pada Khamis.
Kilang itu antara lainnya mereka cipta dan mengeluarkan satelit, sistem
telekomunikasi serta program sains dan navigasi angkasa lepas. – WD MY