SHAH ALAM, 31 Mei – Sumbangan… Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Program Penerapan Nilai-Nilai Murni TPM Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Peringkat Negeri Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Dalam program berkenaan, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim sebelum beliau bergegas ke Masjid Kita Damansara untuk solat Isyak, tarawih dan moreh.

Selangor menjadi destinasi ketiga selepas Terengganu dan Negeri Sembilan dalam siri jelajah Program Penerapan Nilai-nilai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

Hadir sama, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Fuzi Harun; Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat serta kira-kira 2,000 pegawai, kakitangan, keluarga agensi dan jabatan bawah KDN dan jemaah masjid. – WD MY