KUALA LUMPUR, 26 Nov – Ucapan Penutup….Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir menyampaikan ucapan penutup Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIYD) 2016, hari ini.

Wacana bertemakan ‘Memperkasa Belia Untuk Masa Depan Yang Cerah dan Lebih Selamat’ itu adalah penganjuran pertama seumpamanya.

Dalam ucapan, Ahmad Zahid berkata kerajaan sentiasa mendidik masyarakat tentang keganasan dan kekejaman Militan Daesh yang membunuh tanpa mengira bangsa dan fahaman agama.

Dalam memerangi keganasan seperti militan Daesh adalah tanggungjawab setiap individu di dalam masyarakat dalam memastikan keamanan bersama.
Strategi untuk menerapkan pedoman dan menyelongkar punca sebenar seseorang terpengaruh dengan dakyah militan itu bukan perkara baharu.

Katanya, ia sudah lama digunakan kerajaan, termasuk membabitkan penagih dadah dan alkohol yang sehingga kini dianjurkan menerusi seminar di sekolah serta institusi pendidikan tinggi.

“Strategi ini turut digunakan dalam memerangi penularan militan Tentera Republik Irish (IRA) pada 1998 sehingga akhirnya semua kegiatan mereka menemui jalan buntu kerana tiada yang terpengaruh dengan dakyah gerakan itu.

“Sehubungan itu, helah sama boleh digunakan dalam usaha menangani penularan Daesh dengan mewujudkan wadah supaya orang ramai boleh selami cerita mereka (individu yang terpengaruh dengan militan).

“Jangan kita sorokkan cerita mereka daripada khalayak ramai kerana banyak iktibar yang boleh diambil daripada kisah bekas mangsa militan,” katanya. – WD MY