CANBERRA, 8┬áMei – Tiba….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja tiga hari ke Australia.

Ketibaan timbalan perdana menteri yang diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Zainal Abidin Ahmad dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

Lawatan itu adalah atas undangan Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia, Peter Dutton.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, dijangka mengunjungi Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull di Bangunan Parlimen di sini esok.

Ahmad Zahid akan juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Kehakiman Australia Michael Keenan.

Lawatan beliau akan memberi fokus kepada usaha memperkukuh hubungan bilateral tentang perkara berkaitan keselamatan, kaunter-terrorisme dan jenayah transnasional.

Timbalan perdana menteri akan bertukar-tukar pendapat dengan pemimpin-pemimpin Australia mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Pada Selasa, beliau akan ke Sydney, dan mengunjungi Gabenor New South Wales, David Hurley.

Ahmad Zahid akan turut melawat Border Force College, diikuti majlis makan malam dengan pelajar-pelajar Malaysia sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. – WD MY